Jul 6, 2010

aku @ Butik Aynina

Semalam sebelum tido aku telah menggunakan Detox Toxic yang diberi secara percuma oleh kakak yang ade stokis RX-Lite..aku dengan bersusah payah menggunakan detox toxic tu untuk melihat hasil-hasil toksik yang berkumpul dalam badan aku ni..bangun je pagi ni aku terus melihat hasilnyer yang agak memberangsangkan..sebelah tapak kaki kanan aku bertoksik dan kanan not bad..
entah mengapa pagi ini aku sangat rajin memasak breakfast untuk tuan rumah yang aku tumpang (kak cikku), pengurus butik (kak teh) dan untuk iman dan ain..akhirnyer siap murtabak maggi resipi kakak dari kelantan..alhmadulilah licin sepinggan dengan bawang dan kentang yang terakhir di dalam pinggan abes dimakan oleh suami tuan rumah..hahahahaha... (mungkin tenaga ini datang dari psikologi selepas menggunakan detox toxic..mungkinkah???)
ok, balik pada cerita untuk pagi ni di butik aynina..pagi tadi ade org tekan loceng kedai..dari luar kelihatan seorang lelaki yang bagi pemikiran wanita-wanita mustahil seorang lelaki nak masuk ke Butik pakaian wanita dimana terdapat 95% pakaian untuk kaum yang cukup suka melabur di butik pakaian..
sebab ramai di dalam butik aku pun membenarkan customer ni masuk..aku layan jugak walaupun pada mulanya keraguan pada tahap ketebalan duet lelaki ini untuk bershoping tanpa isterinyer disisi..tapi sangat amazing bila die beli dua helai jubah yang setiap satunyer berharga RM 179 untuk wife die..aku pun ingat satu ayat "don't judge a book by its cover"

No comments:

Post a Comment