Dec 8, 2010

Konvo..Posting..Back to Alor Setar

Salam...Hello Malaysia..hehe
sudah lama aku tak menulis dalam blog ni..terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mencatat rutin harian..kadang kala broadband yang slow ni juga mempengaruhi mood aku..sebenarnya aku hari tu bzy dengan my big day..convocation..horey!!!pastu bzy plak dngan banjir besar yang melanda negeri kedah,aktiviti mengemas rumah dan diakhiri dengan big agenda..my posting..setelah hampir 3 bulan menunggu dan bergelar penanam anggur tida hasil aku telah ditempatkan di teknik teluk intan..alhamdulilah,semuanya berjalan dgn baek..dan hari ni aku berada di KMC,menemani bonda tercinta untuk menjalani pembedahan tiroid esk pagi..semoga mak selamat dalam pembedahan ini..AMIN

Oct 1, 2010

POSTING....Horey

Tanggal 30 Sept 2010 adalah tarikh yang amat bermakna untuk aku dan rakan-rakan.. hari ini result untuk berjaya atau tidak untuk posting telah diumumkan..aku sangat bersyukur kerana aku dalam status BERJAYA dan menunggu hari untuk posting..menunggu hari untuk back to schol..alhamdulilah..aku ditempatkan di sekolah menengah teknik..satu cabaran yang hebat untuk diriku...aku akan mengajar pelajar menengah atas...mmg dengarnya sangat senang untuk dikawal,tapi aku tahu cabaran ini sangat besar bgku...semangat berkobar-kobaruntuk bergelar guru..Insyaalah hujung bulan 10 ni akan ade penempatan..mudah2han aku di dalam kumpulan ini..tahniah juga untuk semua rakan2ku :)

Sep 29, 2010

Rehatkan Minda

Kali terakhir aku menulis blog pada pertengahan ramadhan yang lepas...terlalu bnyak perkara yang berlaku sepanjang ramdhan dan syawal ini..peristiwa atau kronologi ibarat rentetan hidup yang perlu ditelan dan diterima dengan hati yang terbuka...seminggu sebelum umat islam menyambut aidilfitri, anak buah ku telah dijemput mengahdp ilahi akibat SLE..satu kenyataan yang amat menghiris hati,amat pahit untuk diterima tetapi ianya telah ditelan oleh kami sekeluarga biar pun ia sangat pahit..terllau bnyk kenangan aku dan arwah Kak Long sehingga setiap kali aku teringatkan arwah, hingga kini aku sedang menulis air mata dan al fatehah menjadi pengiring..Al-Fatehah untuk Kak long tersayang yang telah pergi dalam usia yang masih muda, 19 tahun..kak long terlalu istimewa, seorang yang sangat menyenangkan..aku telah menerima dengan hati yang terbuka..
Syawal yang mulia ini dilalui dengan sederhana kerana kami masih mengngati dan terkenangkan arwah kak long..
hari ini aku berkesempatan merehatkan minda di SPA dengan membuat facial..terasa sangat segar dan bertenaga kembali setelah hampir sebulan lebih menyibukkan diri dengan pelbagai kerja..bermula dengan agenda membuat sale sempena hari raya, diteruskan dengan hari bersejarah kakakku, amat memenatkan sehingga aku telah mendapatkan nasihat doctor supaya merehatkan diri..sempena aku akan menghadiri my big day : konvokesyen, aku telah memanjakan mukaku di Serambi Spa..wah,hasilnya sangat amazing..aku telah kembali berpsikolgi supaya aku menjadi seorg yang bertenaga dan muda berseri..hehe
untuk kawan-kawanku yang masih belum temui jawapan untuk merehatkan diri, ape salahnya anda mengunjungi mane2 spa yang menawarkan facial kepada anda..anda perlu pergi supaya minda anda dapat merasai nikmat rehat dan dibelai..Selamat Mencuba :)

Aug 21, 2010

Ragam Manusia bershoping

hari ni merupakan malam yang ke 12 masyarakat islam berpuasa, begitu juga aku yang masih diberi kesempatan untuk menunaikan rukan yang wajib ini..Alhamdulillah.
setiap hari di bulan puasa aku menghabiskan sepenuh masa dan tenaga aku di butik ni (sepatutnye bulan puasa org berebut2 buat ibadat..huhu)
ok, aku tak nak membebel lagi kat entri ni, apa kata aku terus pada tajuk yang sangat menarik untuk difikirkan..Ragam manusia bershoping..macam2 ada..ada mak ayah yang kerek dalam membuat pemilihan..its ok, tu duet diorg, tapi aku tak bleh terima bila ade anak-anak yang sangat belagak dan cerewet serta banyak songeh bila nak beli baju sdgkan alahai mak die sikit punya baek..tak kurang jugak aku tengok ragam2 customer yang bagi penampar jepun kat anak coz berlari-lari dalam butik ni..istifar aku tengok kejadian ni..brutal gak mak die..cerita yang aku tak boleh lupe pagi ni, ade la customer kitaorg yang sangat lembut dan cantik bg aku datang bersama anak perempuannya yang bagi aku muka sangat la cantik mcm mak die..tapi yang aku tak leh terima bila die masuk tak bukak kasut..belagak..sampai mak die tegur suruh bukak..ok..aku hanya boleh senyum untuk jaga hati mak die yang baek..nak suruh try baju pun kerek..buat muka..ok,mak die nak beli jubah untuk die,aku suruh die try size xs mmg la tak muat itu extra s..tapi bila bagi s macam lawak plak..so kesimpulannya aku kenakan die dengan kata kat die bentuk badan die ade problem coz dada bidang...hahaha..laen muka die..sebenarnye mmg la nampak laen kit, tapi hakikatnya baju tu jubah n labuh..sbb tu nampak tak ngam ngan badan die..puas hati aku kenakan die...die ngan mak die risau coz aku kata cuting badan die ade tak kena...hahahaha..mintak maaf la ye, tapi hakikatnya muka anak mak cik ni mmg cantik..masuk gadis melayu comfirm bleh gi final cuma kena hipokrit sopan santun dan baek hati la...huhu
akhir sekali pesanan aku untuk semua org, bila nak bershoping kena fikir siap2 tema ape yang korang nak, dan jangan belagak dengan org yang jual..aklau belagak diskaun pun die tak nak bagi...huhu

Aug 13, 2010

Aku,Kak teh n Fiza




Wasup..wasup..hehe
antara muka2 yang terpaksa bekerja sepanjang ramadhan yang mulia ini..hampir 12 jam berada di Butik Aynina, harap2 big boss bleh bagi up sikit gaji untuk bulan ni..well. kitorg tetap happy walaupun tepaksa berbuka puasa tnpa family..terawih pula insyaALLAH kitaorg bergilir..Ya ALLAH permudahkanlah urusan kami dalam bulan Ramadhan ini.. :) :)

Aug 12, 2010

Jonker Walk..Satu Kenangan




Time belajar dulu masih sempat aku, alia, fami dan cik sayangku melancong ke Melaka..rasa mcm pelancong asing bila kesana, sbb rata-rata org yang kita jupe pelancong asing..kesempatan mengunjungi Jonker Walk sangat memberi kesan kenangan yang amat indah untuk diriku dan alia (my Lovely ex-rumate)..sekarang masing2 dah ada haluan seniri..Fami n alia yang kini sedang bergelar pelajar master, cik sayangku yang kini sibuk membina kerjaya dan aku yang sedang menanti posting..tak sabar rasanya nak jupa alia dan fami konvo nati..couple dua ni dah maacm adik beradik aku, time susah dan senangku alia sentiasa ada bersama fami..tq ya, tq fami :)
Jadi sebagai kenangan aku abadikan beberapa pict kami di sana dengan pelbagai excident menarik dan kelakar..Jonker walk satu kenangan..mungkin anda boleh menjadikan lokasi ini sebagai sebahagian destinasi menarik untuk dikunjungi..

Aug 8, 2010

Ramdhan..satu kenangan

Minggu depan semua masyarakt islam akan menyambut kedatangan ramdhan al mubarak..Ahlan Wahsahlan Ya Ramdhan..
Kenangn berpuasa ketika di UPM bagaikan sebuah memori yang indah..setiap kali Ramadhan aku tak pernah miss mengunjungi bazar ramadhan Serdang..best sangat bila berbuka puasa bersama romate kesayangan dan kengkawan..after tu ramai-ramai pergi terawih..teringat sanagt kenangan menyambut ramdhan dan berbuka bersama cik sayang..dah jadi rutin setiap hari mesti berbuka bersama..kalau kelas aku samapai ke petang dan cik sayang free die yang akan beli juadah kami petang tu..aku pun sama, kalau aku free petang aku yang pergi beli..nasi kerabu, laksa, nasi ayam, kueh mueh, air tebu dah jadi menu aku dan cik sayang..best ngat kenangan buka puasa bersama-sama..selama dua kali ramdhan aku berbuka bersama cik sayang..tahun ni tak dapat menyambut ramadhan bersama kerana cik sayang jauh dipisahkan benua..huhu..harapan tahun akan datang kami dapat berbuka bersama..ingat lagi kenagan bertawarih, aku selalunye solat di surau kolej tapi cik sayang kat Masjid Mardi..kalau cik sayang balik terawih dan kalau ari tu ade moreh mesti separuh masuk lam perut aku..hehe
em, teringat gak kenangan bershoping kat masjid india..mmg penat tapi best sangat dapat shoping raya sepanjang jalan di jalan TAR..entahlah, bila lagi akan merasa kenangan macm ni..aku dapat rasakan kenagna ini tak dapat berulangan lagi..
Selamat Berpuasa untuk semua kaum muslimin dan muslimat terutamnya untuk Cik sayangku, yang terpisah berbatu-batu..salam ramdhan untuk semua :)

Jahit Manik

tajuk yang sangat menarik untuk dikongsi bersama..hehe...sekarang ni aku tengah asyik menjahit manik, dah jadi hobi baru untuk bulan ni..jahit manik pernah glamer masa dulu hingga sekarang..tapi aku baru mula berkesempatan berkenalan dengan hobi baru ni..menjahit manik pada kaen lace adalah perkara biasa tetapi sangat luar biasa bg org yang sangat tidak suka pada kerja rumit2 ni,,akhirnyer hasil usaha keras selama dua hari aku berjaya menghabiskan jahitan manik pada kaen lace dengan wajah yang tampil menarik..hahaha
aku ni name je cikgu KH (minor) tapi aku lebih fokus pada pertanian dan elektrik..kerja menjahit ni bukan kerja yang menjadi minat aku..masih aku ingat masa tahun kedua di UPM, aku dapat asigment menyulam corak pada kaen..aku yang suka tangguh kerja ni dah mula panik..nasib baek mase tu time konvo, ade plak senior2 yang menumpang bilik..so aku kerjakan mereka menyudahkan jahitan pada asigment aku..haha..
tapi bila time praktikal nyesal plak bila aku kena ajar student menjahit, aku pun terpaksa belajar sekali lagi dengan cikgu ERT..sumpah pastu aku tak nak mengajar kh ert lagi..huhu
aku lebih rela masuk bengkel elektrik atau kayu daripada menjahit ni..aku pun sanggup bersama student mencuci kolam ikan atau membersihakn kebun sayur daripada menjahit..menjahit bukan aku punye skill...huhu
namun hari ini aku kagum dengan hasil kerja lapang ku yang berjaya menyiapkan jahitan manik pada kaen lace..sekalung penghargaan untuk kak teh yang telah berjaya mengubah skill baru aku..hehe

Aug 4, 2010

AL-Fatehah

Dalam keriangan kita dalam kehidupan ini, manusia sentiasa lupa yang hidup ini pasti akan berakhir suatu masa ini. aku benar-benar terkesima, terkedu dan insaf dengan dua org insan yang aku kenali..mulanya pergi Arwah Li dengan khbar sehari sebelum itu tenat di ICU..arwah Li yang aku kenali seorg yang sangat humor..
Dua hari selepas itu aku mendapat khbar Kak Farah anak Pak Din pula tenat di ICU..aku sempat memohon doa supaya arwah selamat kerana kenangkan anak yang masih kecil..sehari selepas itu mak bagitahu yang farah telah pergi dijemput ilahi..
sangat tersentuh hati ini..pemergian arwah Li masih terasa, kini arwah Farah menyusul pula..Ya ALLAH kau ampunilah dosa-dosa arwah ini..Al-Fatehah untuk arawah Li dan Kak Farah...AMIN

Jul 29, 2010

MY Secret Admire.. :P



Kereta idaman hatiku..bila kapan mau jadi milikku..berangan-angan dahulu, I'ALLAH menjadi kenyataan..MAZDA 2..kau akan jadi milikku...hehe

Jul 28, 2010

SMKL..dalam kenangan

pg tadi aku g sekolah lame aku, sekolah tercinta, smkl..mase sampai tu teringat kembali zaman persekolahan penuh nostalgia..tapak perhimpunan yang meningalkan seribu kenangan..sampai je aku terus pergi pejabat..dalam ofice tu xder sape pun kerani atu guru yang aku kenal..menjengah ke dalam bilik PK HEM,nampak cikgu Asri..Alhamdulilah kerja di permudahkan.hampir setengah jam berbual dengan cikgu asri, mengimbau balik zaman tingkatan 5 bersama pelajar batch2 aku..menyebut sorang2 name pelajar membuat cikgu asri tersenyum dan mengeleng kepala.mungkin ade peristiwa mencuit memorinya..perbualan menjurus kepada histeria yang tahun lepas mengisi paper2 di malaysia. smkl diserang histeria menjadi topik perbualan kami..
tibe2 aku dipanggil satu suara, menoleh kepintu nampak Cikgu Hasanah tersenyum kepadaku..Cikgu Hasanah guru Sains Pertanianku yang menjadi idolaku..terharu berjumpa dengannya,cikgu meminta diri untuk ke kelas dan berjanji kami akan berjumpa lagi..
masuk ke bilik guru, tiada seorang pun yang aku kenal..mana guru2ku?
aku menjengah ke bilik guru kanan, terlihat nama Puan Hasanah, Puan Zamzila dan Puan Hasni..wow, ketiga2 guru-guru ku ini dah jadi guru kanan..berbual panjang dengan puan nor zamzila..gembira sangat..
lepas tu turun berjumpa cikgu mat saad dan ustaz amran dalam bilik disiplin..xsangka masih mengenaliku. aku tersenyum bila dipuji..hahaha(kembang kempis hidungku)
turun kebawah jumpa dengan Puan Zaleha..
ketika nak turun ade pelajar diserang histeria lagi..cikgu Asri sempat berkata padaku, aku bernasib baik dapat lihat histeria secara live hari ni..ape2 pun aku sentiasa doakan keberkatan guru-guruku yang tercinta..TERIMA KASIH CIKGU :)

Jul 27, 2010

Inteview...

Alhamdulilah setelah hampir sebulan menunggu akhirnya dipanggil untuk inteview sbg guru sandaran terlatih..permulaan yang baik untuk batch aku yang masih belum konvo ni..dulu kalau ambil bidang perguruan tak payah lagikan nak inteview semua ni.abes belajar terus posting..tapi sekarang sebb ramai ngat nak jadi cikgu terpaksa lah semua org nak jadi cikgu kene inteview..2 ogos ni, hari pertama aku akan membuat ujian INSAK dan inteview untuk jadi cikgu..aku harap semua akan berjalan dengan lancar dan tenang untuk aku..kena buat preparation ni..kalau ade rezki mungkin lepas raya ataupun bulan 1 baru posting..aku tak kisah bila2 pun posting, janji aku dapat jd cikgu..dah rase rindu nak jumpe student2, mendaki anak tangga sekolah, dan buat mcm2 aktiviti bersama pelajar..untuk semua org, doakan kejayaan aku k..:)

FOR THE REST OF MY LIFE maher zain

Jul 26, 2010

Maher Zain- my Fav nasyed

Lyric For The Rest of My Life – Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinkin’ that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I… I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say

Chorus

I know deep in my heart
And now that you’re here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally

Chorus

I know it deep in my heart

Lagu ni bukan sebarang lagu cinta..lagu mengenai cinta kepada seorang isteri, cinta yang halla


Dapat hadiah tudung

esok ade tudung pearl haya baru yang akan sampai kat butik..aku mcm biase mesti nak kene cerita kat cik sayang..tudung baru nak sampai..mesti cantik kali ni..aku pun menambah, ade baju yang tak der tudung lagi ni..macam mane ni? mcm biasa cik sayang pun cakap, awak pilih la yang mane suke nanti saya bank in...yes45 kali...dapat tudung baru lagi..hihi
itulah keje aku yg selalu pau cik sayang...rasenye ni dah masuk tudung yang ke 20 kot cik sayang aku belikan..baru-baru ni aku telah mengupgrade tudung2 yang cik sayang beli..aku letak batu..hasilnye, sangat kraetif..puas hati aku dapat mencantikkan benda yang aku sayang...hehe
nanti aku upload gambar untuk menunjukkan hasil tudung yang bg aku sangat simple sebb aku nak save bajet..hehe

Jul 25, 2010

Posting...

salam
dah banyak hari rasenye aku stop menulis blog sejak beberapa hari ini asyik bzy mengupdate blog dan website butik..em, apakan daya dah makan gaji so kena la buat keje yang mem suruh..
dalam masa aku bzy2 ni ramai benar insan2 bertanya, bila kapan aku mau posting..aku seniri pun tak der jawapan..bagaimana aku nak posting, konvo pun belum..baru dapat pengesahan dari dekan.
sebenarmya aku mmg berkobar2 untuk back to schol as a cikgu..rindu sangat untuk bercakap selama 40 minit di hadapan pelajar dan buat mcm2 aktiviti..tapi tunggu la sekejap..aku mau rilexkan minda dan fikiran..setelah 4 tahun belajar apa salhnya aku rilex dalam 6 bulan ni..rilex di sini maksudnye aku menghabiskan masa bersama-sama keluarga dan butik ni...hehe.nanti belum tahu kat mana aku kena hantar posting..so plese stop tentang soklan bila nak posting..masa tu akan datng cuma menanti cepat atau lambat je..nak buat mcm mana ramai sangat yang nak jadi cikgu sekarang termasuk lah aku ni :)

Jul 12, 2010

Kamelia

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu
Kamelia...

Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakmu
Ke sana

Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu
Kamelia...

Tak peduli kan ku terjang
Biar pun harus kutembus
Padang ilalang

Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta wajah telah menahanku
Inginku mati mereka berkata
Tak perlu kau berlalri
Mengejar impian tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu..

p/s: ada satu rasa dengan lagu ini.. :)

Jul 8, 2010


Kenangan yang tak mungkin dilupakan..Minggu depan semua pelajar yang akan masuk universiti akan mendaftar diri untuk sesi pengajian baru..aku dah abes study pun.4 tahun rasa sekejap ngat..rindunya pada kawan-kawan.teringat sangat masa kita sama-sama berladang di ladang UPM..rindu ngat kita sama-sama menaiki bas ke fakulti masa tahun pertama. bila dah masuk tahun ke dua masing-masing dah ade transport..kawan-kawanku, sahabat-sahabatku, yang bakal bergelar guru kurang dari beberapa bulan ini selamat bercuti lagi..hehe

Jul 7, 2010

hAPPY BIRTHDAY SI kEMBAR aSHRAF N aSHREEN

Selamat Hari Lahir Yang Ke 14 untuk si kembar Ashraf dan Ashreen..
pagi ni buka FB dan tengok kat mesej Ashraf antar mesej..sory cikgu lupa besday korang dua hari ni..cikgu doakan si kembar sentiasa ceria dan happy sokmo..
teringat waktu sekolah dulu, besday aku adalah satu hari yang patut di celebarate oleh family..tapi bila dah besar2 macam ni, kalau nak buat mcm dulu gak melampau la tu..bila tiba hari lahir semua org tahu berlaku penambahan umur dalam usia..tapi itulah hakikat yang perlu kita terima..bila bertambah usia maka pemikiran, penampilan, penyampaian pasti akan berubah mengikut keadaan ..
ok, last sekali..Happy Birthday untuk semua :)

My Litle Sweet Heart


Dua beradik yang boleh jadi model untuk Butik Aynina nanti..bergaya sakan dengan tudung syria Pearl Haya..Iman yang sentiasa kena buli ngan adik ain, dan ain yang selalu buat lawak tak kering gusi...

Jul 6, 2010

aku @ Butik Aynina

Semalam sebelum tido aku telah menggunakan Detox Toxic yang diberi secara percuma oleh kakak yang ade stokis RX-Lite..aku dengan bersusah payah menggunakan detox toxic tu untuk melihat hasil-hasil toksik yang berkumpul dalam badan aku ni..bangun je pagi ni aku terus melihat hasilnyer yang agak memberangsangkan..sebelah tapak kaki kanan aku bertoksik dan kanan not bad..
entah mengapa pagi ini aku sangat rajin memasak breakfast untuk tuan rumah yang aku tumpang (kak cikku), pengurus butik (kak teh) dan untuk iman dan ain..akhirnyer siap murtabak maggi resipi kakak dari kelantan..alhmadulilah licin sepinggan dengan bawang dan kentang yang terakhir di dalam pinggan abes dimakan oleh suami tuan rumah..hahahahaha... (mungkin tenaga ini datang dari psikologi selepas menggunakan detox toxic..mungkinkah???)
ok, balik pada cerita untuk pagi ni di butik aynina..pagi tadi ade org tekan loceng kedai..dari luar kelihatan seorang lelaki yang bagi pemikiran wanita-wanita mustahil seorang lelaki nak masuk ke Butik pakaian wanita dimana terdapat 95% pakaian untuk kaum yang cukup suka melabur di butik pakaian..
sebab ramai di dalam butik aku pun membenarkan customer ni masuk..aku layan jugak walaupun pada mulanya keraguan pada tahap ketebalan duet lelaki ini untuk bershoping tanpa isterinyer disisi..tapi sangat amazing bila die beli dua helai jubah yang setiap satunyer berharga RM 179 untuk wife die..aku pun ingat satu ayat "don't judge a book by its cover"